Kelas Smart Money Concept (SMC) Malaysia untuk Pemula
Smart Money Concept (SMC) ialah cara membaca pergerakan harga melalui struktur pasaran, liquidity dan zon penting pada carta. Markets Maverick mengajar SMC dalam Bahasa Melayu, dengan contoh daripada pasaran FCPO, melalui artikel percuma, webinar langsung dan latihan di dalam platform.
Dikendalikan oleh Puncak Renoraz Sdn Bhd dan dipimpin oleh Nor Azam Budin, trader dan pendidik dengan pengalaman lebih 15 tahun. Kenali pasukan kami.
Apa yang anda akan pelajari
Setiap topik di bawah ada artikel penerangan percuma. Anda boleh belajar mengikut turutan atau terus ke topik yang anda perlukan.
- Market Structure: BOS dan CHoCH Yang Setiap Trader SMC Perlu Faham
Break of Structure dan Change of Character: asas untuk baca sama ada trend semasa masih utuh atau mungkin berubah arah.
- Liquidity dan Liquidity Sweep: Kenapa "Stop Hunt" Bukan Konspirasi
Kenali buy-side dan sell-side liquidity, dan kenapa "stop hunt" sebenarnya mekanik pasaran, bukan konspirasi institusi.
- Equal Highs & Equal Lows (EQH/EQL): Liquidity Pool Paling Mudah Dikenal Di Chart
Equal highs dan equal lows ialah liquidity pool paling jelas di chart. Faham kenapa harga tertarik ke situ, dan beza antara breakout sebenar dengan sweep EQH/EQL.
- Order Block Dalam SMC: Apa Dan Cara Guna
Zon di mana institusi dipercayai masuk posisi besar: kenali cara kenal pasti order block bullish dan bearish.
- Fair Value Gap (FVG): Kenapa Harga Suka "Isi Balik" Jurang
Jurang harga yang terbentuk semasa pergerakan pantas: kenali cara kenal pasti FVG dan kenapa ia jadi zon minat trader SMC.
- Breaker Block & Mitigation Block: Konsep SMC Lanjutan Selepas Order Block
Apa jadi bila order block gagal? Kenali breaker block dan mitigation block: dua konsep SMC lanjutan yang sering dikelirukan.
- Premium & Discount Zone Dalam SMC: Apa Itu OTE (Optimal Trade Entry)
Kenapa entry di harga yang "betul" boleh jadi beza antara trade yang confluent dengan risk-to-reward bagus, dan trade yang chase harga dengan RR teruk? Premium/Discount zone dan OTE jawab soalan ni.
- Multi-Timeframe Analysis: Cara Gabung HTF Bias Dengan LTF Entry
Ramai trader SMC belajar BOS, order block, dan liquidity sweep secara berasingan, tapi tak tahu macam mana nak gabungkan semua tu merentasi timeframe berbeza. Ini cara trader profesional buat.
- Checklist Entry SMC: 7 Soalan Yang Perlu Dijawab Sebelum Anda Tekan Buy Atau Sell
Checklist 7 soalan ya atau tidak untuk trader SMC FCPO: bias, liquidity sweep, CHoCH, premium atau discount, zon entry, stop loss dan risk-to-reward.
Cara belajar bersama Markets Maverick
- Mulakan dengan bacaan percuma. Siri artikel asas SMC menerangkan istilah satu persatu dengan contoh.
- Sertai sesi langsung. Webinar dijalankan secara dalam talian dengan penerangan dan analisis pasaran bersama pengajar. Tarikh dan yuran tertera pada halaman pendaftaran setiap sesi.
- Berlatih sebelum guna wang sebenar. Ahli boleh menggunakan simulator trading dan jurnal trading di dalam platform untuk melatih proses dan disiplin.
- Naik ke program lanjutan. Maverick Trader Advance (MTA) ialah program keahlian dengan seminar, kursus dan AI Trading Assistant untuk pelajar yang mahu lebih mendalam. Ketahui tentang MTA.
Sesi akan datang
- SMART MONEY CONCEPT | 21 NOV | PELANCARAN WEB APP
21 November 2026 pada 9:30 PG · Webinar dalam talian
Siapa yang sesuai
Kelas ini sesuai untuk anda yang baru mengenali SMC, atau pernah mendengar istilahnya tetapi masih keliru antara order block, liquidity dan struktur. Anda tidak perlu pengalaman SMC sebelum ini, tetapi sebaiknya faham asas candlestick. Jika belum, mulakan dengan artikel Asas Trading.
Soalan lazim
Apa itu Smart Money Concept (SMC)?
SMC ialah cara membaca pergerakan harga yang menumpukan pada struktur pasaran, liquidity dan zon di mana peserta pasaran yang besar dipercayai aktif. Ia satu kerangka untuk menganalisis carta, bukan kaedah yang menjamin keputusan.
Adakah kelas SMC sesuai untuk pemula?
Ya, jika anda sudah faham asas carta seperti candlestick, sokongan dan rintangan. Kami menyediakan artikel asas percuma dalam Bahasa Melayu untuk mengisi jurang itu sebelum anda menyertai sesi langsung.
Adakah saya perlu modal untuk belajar SMC?
Tidak. Belajar melalui artikel, permainan latihan dan simulator tidak memerlukan modal trading. Modal hanya diperlukan jika anda kemudian memilih untuk berdagang dengan wang sebenar, dan anda perlu memahami risiko dan margin dahulu.
Adakah SMC hanya untuk FCPO?
Konsep SMC membaca struktur harga dan boleh dipelajari untuk pelbagai instrumen. Contoh dan sesi kami lebih tertumpu pada FCPO, iaitu niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives.
Adakah SMC menjamin keuntungan?
Tidak. Tiada kaedah trading yang menjamin keuntungan. Kerugian adalah sebahagian daripada trading, sebab itu kami menekankan pengurusan risiko dan disiplin bersama analisis.
Sila baca sebelum bermula
Kandungan ini untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat pelaburan. Trading, terutama niaga hadapan yang berleveraj, melibatkan risiko kerugian yang besar dan boleh melebihi modal awal anda. Kami tidak menjanjikan atau menjamin sebarang keuntungan atau hasil. Tentang kami dan status pelesenan.
