Market Structure Asas: Uptrend, Downtrend & Sideways
Sebelum belajar BOS, CHoCH atau teknik SMC lanjutan, faham dulu asas paling penting: bagaimana untuk baca uptrend, downtrend dan sideways.
Kenapa Kena Faham Market Structure Dulu
Sebelum belajar teknik lanjutan macam BOS, CHoCH, order block atau liquidity sweep, anda kena faham perkara paling asas dulu: bagaimana untuk baca sama ada pasaran sedang naik, turun, atau tak bergerak ke mana-mana. Ini dipanggil market structure.
Ramai pemula terus lompat ke teknik SMC tanpa faham asas ini. Hasilnya, mereka hafal istilah tapi tak benar-benar nampak apa yang chart tunjukkan. Artikel ni fokus pada tiga struktur asas sahaja: uptrend, downtrend, dan sideways.
Uptrend: Higher High, Higher Low
Pasaran dikatakan dalam uptrend bila ia membuat Higher High (HH) (swing high baru yang lebih tinggi dari swing high sebelumnya) dan Higher Low (HL) (swing low baru yang lebih tinggi dari swing low sebelumnya).
Corak ini berulang: harga naik (HH), pull back sikit tapi tak jatuh ke bawah low sebelumnya (HL), naik lagi (HH baru), dan seterusnya. Selagi corak HH-HL ini berterusan, uptrend dianggap masih sihat.
Downtrend: Lower High, Lower Low
Downtrend ialah kebalikan: pasaran membuat Lower High (LH) dan Lower Low (LL). Setiap kali harga naik balik (pull back), ia gagal capai high sebelumnya, kemudian jatuh lagi ke low yang lebih rendah.
Ramai trader baru cuba "beli di bawah" semasa downtrend sebab rasa harga dah murah. Ini salah satu sebab utama akaun cepat habis. Trend struktur yang jelas patut dihormati, bukan dilawan.
Nak belajar lebih mendalam?
Maverick Trader Advance (MTA) beri anda akses penuh — seminar, AI Trading Assistant, dan lagi.
Sideways: Tiada Struktur Yang Jelas
Bila harga bergerak dalam julat (range) tanpa membuat HH-HL yang konsisten atau LH-LL yang konsisten, ini dipanggil sideways atau ranging market. Harga pantul antara satu zon resistance dan satu zon support tanpa arah jelas.
Sideways market biasanya kurang sesuai untuk strategi trend-following, sebaliknya lebih sesuai untuk strategi range-trading (beli dekat support, jual dekat resistance) atau tunggu breakout yang jelas sebelum masuk.
Bila Struktur "Berubah": Di Sinilah SMC Bermula
Bila uptrend yang sedang berlaku tiba-tiba gagal buat Higher High baru, dan sebaliknya jatuh melepasi Higher Low terakhir, maka ini tanda struktur mungkin sedang berubah dari uptrend ke downtrend (atau sekurang-kurangnya masuk fasa ketidakpastian).
Ini exactly konsep yang dipanggil Break of Structure (BOS) dan Change of Character (CHoCH) dalam Smart Money Concept: dua istilah teknikal untuk describe momen struktur berubah ini dengan lebih tepat. Kalau anda dah faham asas HH-HL dan LH-LL di atas, konsep BOS/CHoCH akan jauh lebih mudah difahami.
Kesimpulan
Market structure ialah bahasa asas chart. Sebelum belajar apa-apa strategi lanjutan, pastikan anda boleh dengan cepat kenal pasti sama ada pasaran sedang uptrend, downtrend, atau sideways, hanya dengan tengok swing high dan swing low. Semua teknik lanjutan seperti SMC dibina di atas asas ini, bukan menggantikannya.
Nak faham lebih lanjut macam mana struktur "berubah" secara teknikal? Baca artikel Market Structure: BOS dan CHoCH untuk sambung dari sini.
Ini adalah konten pendidikan sahaja, bukan nasihat kewangan. Sentiasa buat kajian sendiri dan faham risiko sebelum trading.
Cuba Sendiri
Cari pattern yang baru anda pelajari dalam data pasaran sebenar guna Real Data Simulator — salah satu manfaat ahli MTA.
Cuba Real Data SimulatorBaca Juga
Simulator, Akaun Demo Atau Akaun Sebenar: Peringkat Belajar Yang Betul
Simulator, akaun demo dan akaun sebenar kecil masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Faham apa yang setiap peringkat ajar, dan bila wajar naik ke peringkat seterusnya.
Cara Review Jurnal Trading Setiap Minggu Untuk Cari Corak Kesilapan Anda
Rekod trade sahaja tak cukup. Ikut rutin review mingguan 20 hingga 30 minit untuk cari satu kesilapan berulang yang paling mahal, dan tulis satu peraturan untuk minggu depan.
Intraday vs Swing Trading FCPO: Mana Yang Sesuai Untuk Gaya Hidup Anda?
Dua gaya trading, dua tanggungjawab masa berbeza: kenali perbezaan intraday dan swing, dan cara Markets Maverick tanda setiap Trade Idea.
